Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Waris allahyarham Saufi terima Faedah Orang Tanggungan
  • TEMPATAN

Waris allahyarham Saufi terima Faedah Orang Tanggungan

Utusan Sarawak 4 years ago
TIDAK DILUPAKAN … Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyaksikan majlis ringkas penyerahan Faedah Orang Tanggungan kepada waris allahyarham Saufi Aiman Yahya di Bangunan Baitulmakmur II, Medan Raya, Kuching, semalam.

KUCHING: Berita pemergian allahyarham Saufi Aiman Yahya, pemain sape professional yang meninggal pada 10 Jun 2021 yang lalu telah mengejutkan industri hiburan khususnya di Sarawak.

Allahyarham telah ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 8:00 malam di pejabat Persatuan Anak Seni Sape Kuching. 

Pihak polis mengklasifikasikan punca kematian allahyarham sebagai kematian mengejut. 

Berikutan laporan media mengenai kematian Allahyarham, Skuad PERKESO Prihatin, PERKESO Negeri Sarawak telah bertindak menjalankan siasatan lanjut. 

PERKESO dalam satu kenyataan semalam memberitahu, hasil siasatan mendapati allahyarham telah mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri sebagai Orang Berinsurans yang Bekerja Sendiri (OBBS) bermula pada 2 Jun 2021 di bawah Sektor Kesenian.

“Caruman yang dibayar di bawah skim tersebut masih dalam tempoh perlindungan dan ini melayakkan waris Orang Berinsurans layak menerima Faedah Orang Tanggungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969,” katanya. 

 Difahamkan bahawa pada tarikh kematian, allahyarham masih berstatus bujang. 

“Oleh itu, ibu dan bapa allahyarham selaku waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat yang berjumlah RM2,000 dan seterusnya akan menerima bayaran faedah pencen bulanan sepanjang hayat,” ujarnya. 

Penyampaian Faedah Pengurusan Mayat kepada waris telah sampaikan oleh  Phillip Sangkan, Pengarah PERKESO Negeri Sarawak dan disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur II, Medan Raya, Kuching.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: MARUDI BANJIR LAGI
Next: Kestabilan Politik Tanggungjawab Semua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.