Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warganegara Malaysia wajib isi borang pengisytiharan kesihatan
  • TEMPATAN

Warganegara Malaysia wajib isi borang pengisytiharan kesihatan

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 6 Ogos -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan penularan wabak COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 15 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 9,038 kes manakala yang telah pulih sebanyak 11 kes dan tiada kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 125 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA… Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan penularan wabak Covid -19 di Kementerian Kesihatan semalam. Sebanyak 15 kes baharu positif Covid -19 dilaporkan setakat tengah hari semalam sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 9,038 kes manakala yang telah pulih sebanyak 11 kes dan tiada kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan semalam dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 125 kes. •Foto BERNAMA

KUCHING: Warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak, tidak perlu memohon dan mengisi borang EnterSarawak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata walau bagaimanapun Borang Pengisytiharan Kesihatan (E-Health Declaration Form) masih wajib diisi.

“Bagi warganegara asing dan warganegara Malaysia yang tiba atau transit dari luar negara, mereka masih perlu memohon dan mengisi borang EnterSarawak dan Borang PengisytiharanKesihatan (E-Health Declaration Form),” katanya bagi tatacara kemasukan ke Sarawak dalam laporan harian Covid -19 di Sarawak, semalam.

Beliau menambah bagi tatacara kuarantin di Sarawak (kuarantin di Hotel), semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak yang destinasi terakhir mereka di kawasan pedalaman dan jauh dari Klinik Kesihatan yang menyediakan kemudahan untuk mengambil sampel COVID-19, akan dikuarantin di hotel.

“Sampel akan diambil pada hari ke-2 dan sekiranya keputusan adalah negatif, barulah mereka dibenarkan balik ke rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata bagi penumpang yang transit, mereka akan dikuarantin di destinasi terakhir mereka.

“Semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak yang destinasi terakhir mereka di kawasan bandar (Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas) dimana kawasan tersebut ada menyediakan Klinik Kesihatan untuk mengambil sampel Covid -19, mereka akan dipasang “wristband” dan dibenarkan balik ke rumah masing-masing.

“Sampel Covid -19 akan diambil pada hari ke-2 di lokasi Klinik Kesihatan yang berhampiran.

“Sekiranya keputusan adalah negatif, mereka tidak perlu menyambung baki kuarantin,” jelasnya.

Katanya, bagi lapangan terbang yang ada menyediakan pusat saringan, sampel Covid -19 akan diambil terus, setibanya di lapangan terbang.

“Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah membentangkan Garis Panduan (SOP) pembukaan pusat hiburan (karaoke berbilik sahaja) yang dibenarkan untuk beroperasi.

“Manakala pusat karaoke terbuka tidak dibenarkan beroperasi. Arahan ini berkuatkuasa pada 15 Ogos 2020,” katanya.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan projek pertanian moden diperkembang
Next: JKKK digesa bekerjasama dengan JPBN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.