Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Warganegara dewasa terima RM100 sekali beri melalui MyKad mulai 31 Ogos – PM Anwar
  • SEMASA

Warganegara dewasa terima RM100 sekali beri melalui MyKad mulai 31 Ogos – PM Anwar

Utusan Sarawak 3 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Beliau berkata pemberian bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos itu, merupakan ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup, selain sebagai penghargaan kepada rakyat yang memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan RM2 bilion.

Anwar berkata jumlah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk tahun ini, dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.

“Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos hingga 31 Dis 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus’s, Econsave dan 99 Speedmart serta kedai runcit di semua daerah seluruh negara.

“Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400,” katanya dalam pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia disiarkan secara langsung menerusi semua saluran utama termasuk RTM,  Bernama  serta platform media sosial seperti Facebook Live.

Anwar berkata kos sara hidup kekal sebagai cabaran mesti ditangani dengan bijaksana dan segera meskipun kadar inflasi keseluruhan pada Jun tahun ini adalah yang terendah dalam tempoh 52 bulan iaitu 1.1 peratus, namun kenaikan harga makanan minuman masih melebihi purata inflasi.

“Mungkin ada dalam kalangan kita yang punyai kemampuan dan tidak memerlukan bantuan ini.

“Kerajaan berhasrat supaya jumlah bantuan yang tidak dibelanjakan menjelang akhir tahun diagihkan semula untuk program bantuan golongan rentan tahun hadapan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh – PM Anwar
Next: Jualan Rahmah MADANI diperbanyak, peruntukan ditingkat sekali ganda – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.