Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga rumah panjang Lugan Entassan B beralih kepada GPS
  • TEMPATAN

Warga rumah panjang Lugan Entassan B beralih kepada GPS

Utusan Sarawak 4 years ago

????????????????????????????????????

LAWATAN… Dato Gerawat Gala mendengar penerangan daripada Tr. Michael Biggol semasa lawatan ke tapak rumah panjang baharu, Lugan Entassan B.

MARUDI: Tiada parti lain yang boleh membela nasib rakyat selain Gabungan Parti Sarawak (GPS), akui bekas menyokong tegar Pakatan Harapan (PH) Tuai Rumah (TR) Michael Biggol dari rumah panjang Lugan Entassan B.

Katanya beliau bersama penduduk rumah panjangnya keluar dari parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) / PH dan menyertai parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diketuai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mulu Dato Gerwat Gala dan memberi sokongan kepada Parti Gabungan Sarawak (GPS) dipimpin Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Sepanjang kami bersama PH, kami sukar mendapat bantuan dan banyak masalah lain timbul mendorong kami mengambil keputusan untuk menyertai GPS,” katanya.

Dalam pada itu Michael berterus terang bahawa sebelum ini mereka menyertai PKR/ PH kerana tidak suka dengan Barisan Nasional (BN) atas beberapa sebab tertentu. Kini memandangkan GPS adalah kerajaan yang memerintah, maka mereka memberi kepercayaan penuh kepada GPS yang mampu membawa pembangunan ke akar umbi.

Jelasnya beliau serta anak-anak buahnya dari rumah panjang yakin dan percaya hanya GPS parti terbaik untuk rakyat.

Katanya, mereka sedar kesilapan menyertai PH yang tidak mempunyai hala tuju dan berterima kasih kepada GPS dan Dato Gerawat Gala kerana sudi menerima mereka dan menghulur bantuan yang mereka perlukan.

“Kami berjanji akan terus memberi sokongan kepada Dato Gerawat Gala lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya negeri akan datang dan yakin Dato Gerawat Gala mampu memenangi kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu, tambahnya.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: KLT perkukuh status Mukah sebagai hab pendidikan
Next: Banjir di Bintulu sudah surut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.