Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Warga pendidik digesa perkukuh kualiti pendidikan
  • PENDIDIKAN

Warga pendidik digesa perkukuh kualiti pendidikan

Utusan Sarawak 12 hours ago

Noriha Ali bersama barisan pentadbir sekolah menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang pada MAKEM 2025 di SMK Kemena, Bintulu.

BINTULU: Warga pendidik digesa agar terus memperkukuh kualiti perkhidmatan pendidikan dan tidak berpuas hati dengan pencapaian sedia ada bagi memastikan murid benar-benar bersedia menjadi pemimpin masa hadapan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee.

Beliau berkata, guru memainkan peranan penting sebagai pemangkin pembentukan modal insan berkualiti, justeru peningkatan profesionalisme, pendekatan pengajaran yang relevan serta keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan perlu diberi keutamaan.

Noriha Ali membacakan teks ucapan ADUN Jepak, Iskandar Turkee pada MAKEM 2025 di SMK Kemena, Bintulu.

Menurutnya, murid bukan sekadar penerima ilmu, malah merupakan aset negara yang memerlukan bimbingan menyeluruh merangkumi aspek akademik, sahsiah dan nilai kepimpinan.

“Pencapaian hari ini tidak harus dijadikan alasan untuk kita berasa selesa. Sebaliknya, ia perlu menjadi pemangkin untuk terus memperbaiki mutu pendidikan agar selari dengan keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak Noriha Ali pada Majlis Anugerah Kemenjadian Murid (MAKEM) 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemena, di sini.

Suasana dewan dipenuhi pelajar yang hadir mengikuti MAKEM 2025 di SMK Kemena, Bintulu.

Iskandar turut mengingatkan bahawa kecemerlangan murid tidak boleh diukur berdasarkan akademik semata-mata, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh termasuk pembentukan sahsiah, disiplin serta keupayaan berfikir secara kritis.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kejayaan sistem pendidikan memerlukan kerjasama berterusan antara sekolah, ibu bapa dan komuniti bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berkesan.

MAKEM 2025, katanya, menjadi platform penting untuk menghargai usaha murid serta pendidik, selain menyemai budaya kecemerlangan dalam kalangan warga sekolah.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Peruntukan RTP disalurkan secara menyeluruh kepada sekolah di DUN Bukit Begunan
Next: Pengiktirafan kecemerlangan murid SK Kuala Baram diperkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.