Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga PAWE Pusa peroleh kemahiran asas pertolongan cemas daripada APM Betong
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga PAWE Pusa peroleh kemahiran asas pertolongan cemas daripada APM Betong

Utusan Sarawak 36 mins ago
PROGRAM tersebut dihadiri seramai 23 peserta dan dikendalikan oleh dua jurulatih terlatih, dan dibantu oleh empat pembantu jurulatih APM Betong. Foto: APM Betong

PUSA: Kesedaran mengenai kepentingan pertolongan cemas semakin mendapat perhatian dalam kalangan komuniti, terutamanya warga emas.

Hari ini, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pusa menganjurkan Program Ceramah Asas Pertolongan Cemas dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong di Dewan Terbuka Teratak Akal, di sini.

Menurut kenyataan APM Betong, program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta tentang teknik pertolongan cemas yang betul, termasuk cara mengendalikan mangsa pengsan, tercekik, mengalami luka, patah, dan kecederaan ringan.

Dengan ilmu ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan serta keyakinan dalam memberikan bantuan awal sebelum ketibaan pihak perubatan.

Program tersebut dihadiri seramai 23 peserta dan dikendalikan oleh dua jurulatih terlatih, Sarjan Michael Awan Aing dan Lans Koperal Mohd Dzulnizam Mohd Faisal, yang dibantu oleh empat pembantu jurulatih.

Kehadiran mereka memastikan sesi ceramah berjalan lancar serta memberi peluang kepada peserta untuk melakukan latihan praktikal.

Program seperti ini diharap dapat memperkukuhkan kesiapsiagaan komuniti serta menggalakkan budaya saling membantu dalam situasi kecemasan, khususnya dalam kalangan warga emas.

Turut hadir memberi sokongan, Pengerusi PAWE Pusa, Abang Kiprawi Abang Abdul Latip, yang menekankan kepentingan warga emas memiliki kemahiran asas pertolongan cemas sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program Nyanyian Lagu Krismas semarakkan keceriaan prospek di Pusat Koreksional Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.