Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Warga Malaysia di perantauan bimbang perang jejas perancangan balik beraya
  • SEMASA

Warga Malaysia di perantauan bimbang perang jejas perancangan balik beraya

Utusan Sarawak 13 hours ago
WARGA Malaysia di luar negara meluahkan kebimbangan mengenai perancangan pulang beraya susulan penggantungan penerbangan oleh Malaysia Airlines. Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Warga Malaysia yang berada di pelbagai negara di perantauan menyuarakan kebimbangan tidak dapat meraikan 1 Syawal di kampung halaman susulan perkembangan yang berlaku di Asia Barat sejak semalam. 

Keresahan warga Malaysia dapat dilihat di platform Threads apabila terdapat pengguna yang mendoakan rantau Asia Barat akan kembali aman memandangkan tiket penerbangan mereka untuk pulang beraya menjelang minggu depan.

Seorang pengguna Threads, renjanabungaditelinga berkata beliau dijadualkan pulang ke Malaysia dua minggu lagi namun dengan peperangan yang berlaku beliau reda jika tidak dapat balik beraya. 

Pengguna Threads mariaarima_kakya berharap keadaan akan pulih menjelang minggu depan supaya beliau boleh pulang beraya. 

Pengguna Threads shahrulhambali berkata untuk pulang beraya di Malaysia, beliau perlu memilih syarikat penerbangan yang tidak transit di Asia Barat. 

Terdapat pengguna Threads yang mencadangkan beliau untuk terbang ke China terlebih dulu dan pulang beraya di Malaysia dari negara Tembok Besar itu.

Pada Ahad, syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan semua penerbangan ke dan dari Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) sehingga 4 Mac 2026, susulan pembatalan yang dilaksanakan bermula 28 Februari hingga 1 Mac 2026. 

Menurut syarikat induknya, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), ini berikutan penutupan berterusan ruang udara di beberapa bahagian di Asia Barat di tengah-tengah perkembangan keselamatan serantau yang semakin memuncak. 

Semalam, Israel bersama-sama Amerika Syarikat menyerang Iran, menyebabkan Iran membalas serangan itu dengan menyerang Israel  dan kepentingan Amerika Syarikat di negara Teluk.

– Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Konflik di Asia Barat: Kerajaan akan berusaha pertahan harga RON95 – PM Anwar
Next: Pergolakan Asia Barat: 16 jemaah umrah dari Sarawak turut terkandas di Makkah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.