Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga Kuching buat pembelian Tahun Baharu Cina, Ramadan saat akhir
  • TEMPATAN

Warga Kuching buat pembelian Tahun Baharu Cina, Ramadan saat akhir

Utusan Sarawak 2 hours ago
PERSIAPAN… Masyarakat Cina dan umat Islam di Sarawak mengambil peluang melakukan pembelian saat akhir di pasar raya dan pasar basah sekitar bandar raya ini susulan sambutan Tahun Baharu Cina dan permulaan Ramadan. Foto Bernama

KUCHING: Masyarakat Cina dan umat Islam di Sarawak mengambil peluang melakukan pembelian saat akhir di pasar raya dan pasar basah sekitar bandar raya ini susulan sambutan Tahun Baharu Cina dan permulaan Ramadan.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa pasar kecil tidak akan beroperasi dua hari bagi perayaan Tahun Baharu Cina esok, namun pasar raya besar meneruskan perniagaan seperti biasa bagi memenuhi keperluan orang ramai.

Ibu kepada empat anak Nazila Lopok, 36, berkata membuat persiapan bagi mengelakkan kekangan bekalan pada minggu pertama Ramadan.

“Saya ada dengar beberapa kedai akan tutup setengah hari atau dua hari sempena Tahun Baharu Cina, jadi terus membuat pembelian untuk minggu pertama puasa,” katanya.

Pengusaha kantin Mahani Waini, 36, berkata perlu membeli beberapa barangan seperti minyak masak untuk dijadikan stok kerana bekalan sedia ada semakin berkurangan. 

“Saya juga beli sayur dan bahan masakan untuk memasak bubur pedas yang selalu disediakan pada bulan puasa. Setakat ini, bekalan di pasar raya dilihat mencukupi,” kata ibu kepada dua orang anak itu.

Pesara guru Lina Teo, 58, berkata tidak berhadapan masalah mendapatkan barangan keperluan walaupun melakukan pembelian saat akhir bagi sambutan Tahun Baharu Cina.

Berbeza dengan penjual bunga Tan Leng Siok yang membuat persiapan awal kerana berpandangan itu langkah terbaik bagi mengelakkan kesesakan selain membolehkannya menumpukan pada tempahan pelanggan.

“Saya sudah beli (keperluan perayaan) dua minggu awal sebab tahu ramai akan membeli saat akhir. Jadi, saya boleh fokus menyiapkan tempahan bunga,” katanya.

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SEDAR beri amaran wakil rakyat ‘kurang menyerlah’, dakwa terima maklumat terus dari rakyat
Next: Tun Wan Junaidi sertai latihan menembak di PULAPOL Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.