Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga Kampung Assyakirin hargai bantuan bakul makanan sempena Aidiladha
  • WILAYAH

Warga Kampung Assyakirin hargai bantuan bakul makanan sempena Aidiladha

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berucap pada Majlis Agihan Bakul Makanan sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 3 di Bintulu, hari ini. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Penerima bantuan bakul makanan sempena sambutan Aidiladha di Kampung Assyakirin dan kawasan sekitar melahirkan rasa syukur atas sumbangan yang disifatkan amat bermakna terutamanya kepada golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah.

Asiah Peri, seorang ibu tunggal dari Kampung Assyakirin Fasa 1 berkata, beliau berasa amat bersyukur dan gembira apabila menerima bantuan tersebut buat kali pertama daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

ASIAH Peri, ibu tunggal dari Kampung Assyakirin Fasa 1. Foto: Carolyne Utih

“Saya amat berterima kasih atas sumbangan ini kerana Program seperti ini sangat dihargai masyarakat terutamanya golongan seperti kami, ibu tunggal dan warga emas yang kurang berkemampuan,” katanya.

Menurutnya, bantuan seumpama itu bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan keluarga, malah mencerminkan keprihatinan wakil rakyat terhadap keperluan penduduk.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1, Pengiran Hamdan Pengiran Kerta berkata, sumbangan yang disampaikan amat dihargai oleh seluruh penduduk kampung.

KETUA Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1, Pengiran Hamdan Pengiran Kerta. Foto: Carolyne Utih

“Saya mewakili penduduk Kampung Assyakirin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan ini. 

“Ia amat bermakna bersempena sambutan Aidiladha dan kami berharap ia diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

Ketua Kaum Kampung Jabai merangkap Timbalan Pengerusi Kelab Kembara dan Rekreasi Bintulu, Johny Jimon turut menyifatkan usaha tersebut sebagai satu bentuk sokongan yang memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

KETUA Kaum Kampung Jabai merangkap Timbalan Pengerusi Kelab Kembara dan Rekreasi Bintulu, Johny Jimon. Foto: Carolyne Utih

“Terima kasih kerana mengadakan program sumbangan sempena Aidiladha. 

“Semoga inisiatif seperti ini diteruskan lagi demi kebajikan masyarakat,” katanya.

Majlis Agihan Bakul Makanan sempena Aidiladha itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu dengan kerjasama Kelab Kembara dan Rekreasi Bintulu di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 3 di sini, hari ini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ibadah korban simbol pengorbanan, semangat persaudaraan
Next: Buang sampah merata, BDA ambil tindakan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.