Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas terus jadi sumber inspirasi generasi muda
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga emas terus jadi sumber inspirasi generasi muda

Utusan Sarawak 18 hours ago
 PENGHULU Huang Tiong Kang (empat kiri) memotong kek hari lahir Seskyen Warga Emas Persatuan Foochow Sarikei, semalam. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Golongan warga emas merupakan aset berharga yang menyumbang kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara menerusi pengalaman, kebijaksanaan serta pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang kehidupan mereka.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, fasa warga emas bukan penghujung kehidupan yang suram, sebaliknya satu tempoh yang penuh makna untuk menikmati hasil pengorbanan serta menghargai kehidupan bersama keluarga dan masyarakat.

Katanya, individu yang memasuki usia 60 tahun ke atas lazimnya telah berjaya membesarkan anak-anak dan menikmati kehidupan keluarga yang lebih stabil dan bahagia.

“Ramai yang berpendapat bahawa usia emas merupakan antara fasa terbaik dalam kehidupan. Pada peringkat ini, seseorang memiliki pengalaman hidup yang luas, pemikiran yang lebih matang dan berpeluang menikmati kehidupan dengan lebih tenang dan bermakna.

“Golongan warga emas bukan sahaja kaya dengan pengalaman dan kebijaksanaan, malah menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda melalui semangat perjuangan, ketabahan serta sumbangan mereka kepada keluarga dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Penghulu Huang Tiong Kang pada majlis makan tengah hari sambutan Pesta Perahu Naga, Hari Bapa dan majlis hari lahir Seksyen Warga Emas Persatuan Foochow Sarikei, semalam.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, penubuhan Seksyen Warga Emas oleh Persatuan Foochow Sarikei merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam menyediakan pelbagai aktiviti sosial, kebudayaan, rekreasi dan kebajikan untuk warga emas.

Katanya, usaha itu bukan sahaja menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan warga emas, malah membantu mewujudkan persekitaran yang lebih positif, harmoni dan sejahtera.

“Sambutan Pesta Perahu Naga yang diraikan setiap tahun turut mempunyai nilai budaya yang tinggi kerana mengingatkan masyarakat tentang semangat patriotisme, perpaduan dan penghargaan terhadap sejarah serta warisan budaya bangsa.

“Budaya dan tradisi dapat diwariskan dari satu generasi ke satu generasi kerana adanya peranan warga emas yang sentiasa memelihara dan menyampaikan nilai-nilai murni kepada anak-anak dan cucu mereka.

“Pada masa yang sama, sambutan Hari Bapa mengingatkan kita tentang pentingnya menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah banyak berkorban demi kebahagiaan keluarga,” katanya.

Tambahnya, nilai menghormati dan menyayangi ibu bapa perlu terus dipupuk kerana ia merupakan asas kepada pembentukan keluarga yang harmoni dan masyarakat yang sejahtera.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Ngiling Bidai perkukuh perpaduan, warisan budaya masyarakat Iban
Next: Orang ramai diingatkan berhati-hati terhadap platform pelaburan dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.