Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas tersangkut di pokok diselamatkan JBPM Batu Niah
  • Utara
  • WILAYAH

Warga emas tersangkut di pokok diselamatkan JBPM Batu Niah

Utusan Sarawak 6 hours ago
SELAMAT… Keadaan warga emas yang tersangkut di pokok berjaya diselamatkan oleh anggota BBP Batu Niah, di Kampung Pengkalan Lobang pagi tadi.

BATU NIAH: Seorang lelaki warga emas tersangkut di pokok berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) BBP Batu Niah pagi tadi.

Menurut Ketua BBP Batu Niah, PBT II Rary Binjie, kejadian itu berlaku di Kampung Pengkalan Lobang di sini sekitar 9.30 pagi.

“BBP Batu Niah telah menerima satu panggilan kecemasan pada 10.02 pagi sebelum jentera digerakkan pada 10.03 pagi dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki berbangsa Cina berusia 72 tahun telah terjatuh dari pokok dan tersangkut pada bahagian kaki di celahan pokok setinggi kira-kira tujuh kaki,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, mangsa berada di kebun sendiri yang terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama.

“Pasukan bomba bertindak menurunkan mangsa dengan selamat sebelum membawa mangsa keluar dari kawasan kebun menuju ke rumahnya.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki dan berada dalam keadaan stabil,” jelasnya lagi.

Operasi yang diketuai oleh PBK I Awang Azdwan selaku penyelia bersama enam anggota lain dari BBP Batu Niah tamat sepenuhnya pada 10.30 pagi dan pasukan bomba bertolak balik ke balai pada 10.34 pagi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 626 pelajar SMK Julau No.2 sertai ceramah keselamatan kebakaran
Next: BBP Sarikei tingkat kesiapsiagaan sepanjang MTL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.