Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga emas mengaku bersalah pandu melulu
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN

Warga emas mengaku bersalah pandu melulu

Utusan Sarawak 2 months ago

SIBU: Mahkamah Majistret hari ini mengenakan hukuman denda RM6,000 atau penjara sebulan terhadap seorang pemandu warga emas atas pertuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian seorang penunggang motosikal pada November tahun lepas.

Ngui Eng Lan, 74, dikenakan hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Romario Jonoi.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan, tertuduh didakwa memandu sebuah kereta secara cuai serta tanpa perhatian sewajarnya di Persimpangan Jalan Lada pada 11 November 2024, sekitar 5.25 pagi.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di Bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 dan juga boleh dipenjara bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, satu kemalangan telah berlaku melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu tertuduh dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang pemuda berusia 20 tahun.

Kemalangan berlaku apabila tertuduh keluar dari persimpangan lampu isyarat sebelah kanan menuju ke Bulatan Lada sementara mangsa dari arah jalan utama menuju ke Bulatan Lada.

Mangsa tidak sempat untuk mengelak dan bertembung dengan kereta yang dipandu tertuduh.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

OLEH AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Two local men set fire to employer’s excavator over salary dispute
Next: Jangan mudah terjerat tawaran dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.