Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut kemalangan motosikal, kereta di Sarikei
  • KEMALANGAN

Warga emas maut kemalangan motosikal, kereta di Sarikei

Utusan Sarawak 18 hours ago
KEMALANGAN… Keadaan kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Kilometer 460 Lebuh Raya Pan Borneo, Betong–Sarikei–Meradong, Sarikei. Foto IPD Sarikei

SARIKEI: Lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 460 Lebuh Raya Pan Borneo, Betong–Sarikei–Meradong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata, dalam kejadian sekitar 9.20 pagi itu, mangsa berusia 68 tahun yang menunggang motosikal dari arah Betong menuju Sarikei dikatakan tiba-tiba menukar laluan dari lorong kiri ke lorong kanan tanpa memberi sebarang isyarat.

“Akibat tindakan tersebut, kereta dipandu seorang lelaki berusia 75 tahun yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal terbabit di bahagian kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KEMALANGAN… Keadaan kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Kilometer 460 Lebuh Raya Pan Borneo, Betong–Sarikei–Meradong, Sarikei. Foto IPD Sarikei

Menurut beliau, impak pelanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian kanan manakala kereta rosak di bahagian hadapan sebelah kiri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Sarikei pada 9.50 pagi. Pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Aswandy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada serta mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki jatuh dari tongkang di Sungai Rajang ditemui lemas
Next: Dua maut, sembilan cedera dalam nahas van dan pacuan empat roda di Skrang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.