Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut kemalangan kendiri di Jalan Lawas–Merapok
  • KEMALANGAN

Warga emas maut kemalangan kendiri di Jalan Lawas–Merapok

Utusan Sarawak 2 days ago
LOKASI kemalangan kendiri yang meragut nyawa seorang warga emas di Kilometer 7 Jalan Lawas–Merapok.

LAWAS: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kemalangan kendiri di Kilometer 7, Jalan Lawas–Merapok berhampiran Jambatan Kampung Gaya, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, mangsa berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Lawas dalam kejadian sekitar 1.45 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan dari Lawas menghala ke Merapok untuk pulang ke rumahnya di Long Tuma.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki warga emas hilang ditemui di Sungai Batang Lupar  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.