Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga emas maut kemalangan kendiri
  • TEMPATAN

Warga emas maut kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 5 years ago
MAUT…Mayat mangsa ditemui oleh orang
awam di dalam parit di Lorong Kemuyang Timur 5E, Taman Desa Kemuyang di sini, pagi semalam.

NURZILLA MOHAMAD

SIBU: Mayat lelaki warga emas ditemui oleh orang awam di dalam parit di Lorong Kemuyang Timur 5E, Taman Desa Kemuyang di sini, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, mayat dikenal pasti sebagai Ajut Osit,62, dipercayai maut kerana terlibat dalam kemalangan kendiri.

Katanya, Bilik Gerakan Sibu menerima laporan dari orang awam mengenai kemalangan terbabit kira-kira jam 9.40 pagi.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Lorong Kemuyang Timur 5E menuju ke arah Jalan Utama Desa Kemuyang.

“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit yang berada di kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelas Stanley, mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas ambulans Hospital Sibu.

“Bagaimanapun, dari keadaan mayat, kejadian dijangka telah berlaku lebih kurang 24 jam yang lalu.

“Hasil maklumat dari ahli keluarga juga mendapati, kali terakhir mangsa dilihat adalah sekitar jam 8.30 malam (Ahad),” ujarnya.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Continue Reading

Previous: Lima hari, tiada kes positif dilaporkan
Next: Guru rugi RM4,000 termakan cinta ‘arkitek’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.