Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut kemalangan di Jalan Nyelong Bypass
  • KEMALANGAN

Warga emas maut kemalangan di Jalan Nyelong Bypass

Utusan Sarawak 3 days ago
KEMALANGAN MAUT….Kemalangan maut berlaku di Jalan Nyelong Bypass, pagi tadi. Foto IPD Sarikei 

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Nyelong Bypass, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitendan Aswandy Anis, berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan kemalangan tersebut lebih kurang 6.00 pagi.

“Kemalangan melibatkan motosikal dan kenderaan pacuan empat roda.

“Kemalangan disyaki berlaku apabila penunggang motosikal (mangsa) menunggang motosikal dari arah Meradong menuju ke Sarikei, manakala kenderaan pacuan empat roda dipandu oleh seorang lelaki berumur 55 tahun dari arah sama.

“Setibanya di tempat kejadian, kenderaan pacuan empat roda telah melanggar motosikal dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Akibat perlanggaran itu, motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang, manakala kenderaan pacuan empat roda mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan sisi kiri.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Hospital Sarikei pada 6.10 pagi.” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei atau pegawai penyiasat trafik, Inspektor Ahmad Mustaqim di talian 084-652222 sambungan 279.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya yang lain supaya berhati-hati ketika memandu.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak maut, remaja cedera kemalangan langgar lari di Mukah
Next: Lelaki cedera kemalangan kendiri di Jalan Miri-Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.