Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut dalam kemalangan dua kenderaan di Sarikei
  • KEMALANGAN

Warga emas maut dalam kemalangan dua kenderaan di Sarikei

Utusan Sarawak 13 hours ago
TRAGIS… Kemalangan maut melibatkan sebuah Perodua Aruz dan Perodua Axia di Jalan Bangunan Kerajaan, Sarikei. Foto: BBP Sarikei

SARIKEI: Seorang wanita warga emas berusia 71 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Aruz di Jalan Bangunan Kerajaan, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut sekitar 1.25 petang.

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Unjah Janggau segera bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, kemalangan itu melibatkan empat mangsa, dua daripada Perodua Aruz dan dua daripada Perodua Axia.

“Dua orang mangsa di dalam Perodua Aruz selamat, manakala pemandu Perodua Axia meninggal dunia dan penumpangnya selamat,” jelasnya.

Mangsa, 71, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Tambah Arrahman, pasukan bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, semua mangsa yang terselamat tidak mengalami sebarang kecederaan, dan operasi di lokasi kejadian selesai sepenuhnya pada 1.40 petang.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua beradik maut dalam kemalangan kereta dan lori tangki minyak di Kanowit
Next: Jasad mangsa lelaki disambar buaya di Niah ditemui 500 meter dari lokasi kejadian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.