Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Warga emas maut dalam kebakaran rumah di Jalan Pulau Salam, Lawas
  • KEBAKARAN

Warga emas maut dalam kebakaran rumah di Jalan Pulau Salam, Lawas

Utusan Sarawak 2 days ago
RENTUNG…Mayat mangsa dibawa keluar daripada kawasan kebakaran oleh anggota Bomba. Foto BBP Lawas


LAWAS: Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Pulau Salam, berhampiran sebuah kedai motosikal, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Clarence D. Primus Tiandun, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.18 pagi dan segera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sekitar dua kilometer dari Balai Bomba Lawas.

KAWAL API… Anggota Bomba menggunakan sumber air yang ada untuk memadam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Pulau Salam Lawas.  Foto BBP Lawas

Pasukan bomba yang diketuai Clarence berjaya mengawal keadaan pada 4.30 pagi dan operasi ditamatkan pada 6.00 pagi.

Hasil pemeriksaan pihak bomba berjaya menemui mayat seorang lelaki dikenali sebagai Dudol Karim, 89, yang ditemukan rentung.

Siasatan awal mendapati rumah teres separuh kekal itu didiami tiga lelaki, termasuk mangsa yang maut dalam kejadian tersebut.

Mangsa yang selamat ialah Gairil Mustafa, 32 tahun dan Nursyamioy Drahman berusia 31 tahun.

Oleh Adeng Edrus

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah musnah dalam kebakaran, lima sekeluarga hilang tempat tinggal
Next: Dua cedera, sembilan kedai musnah dalam kebakaran di Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.