Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas mangsa bot karam di Sungai Bayai ditemui tidak bernyawa
  • KEMALANGAN

Warga emas mangsa bot karam di Sungai Bayai ditemui tidak bernyawa

Utusan Sarawak 8 hours ago
TRAGIS…Mayat Banggau Ngilas yang hilang sejak semalam ditemui orang awam pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SIMANGGANG: Mayat warga emas yang hilang selepas bot karam di Sungai Bayai, berhampiran Loji Rawatan Air Bayai, akhirnya ditemui awal pagi tadi.

Mangsa, Banggau Ngilas, 71, ditemukan orang awam sekitar 3.48 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi bot karam dalam keadaan sempurna namun sudah tidak bernyawa.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang melibatkan tiga anggota bersama sebuah bot penyelamat dan jentera EMRS ditamatkan sepenuhnya pada 6.00 pagi tadi selepas keadaan disahkan terkawal,” katanya dalam kenyataan.

Kejadian kira-kira 10.00 pagi semalam, bot yang dinaiki mangsa bersama menantunya, Roys Misen, 36, karam selepas melanggar batang kayu besar di tengah sungai ketika mereka dalam perjalanan pulang dari ladang sawit dengan membawa muatan buah sawit.

Roys berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing, namun mertuanya dihanyutkan arus deras sebelum ditemukan beberapa jam kemudian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) berkenaan turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sri Aman.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu maut, empat cedera dalam kemalangan dua kenderaan
Next: Seorang maut, enam hilang kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.