Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas jatuh sungai dikhuatiri lemas
  • KEMALANGAN

Warga emas jatuh sungai dikhuatiri lemas

Utusan Sarawak 4 months ago

Gambar hiasan

KAPIT: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari perahu di Sungai Benatu, Punan Bah, Belaga ketika dalam perjalanan mencari durian, pagi tadi. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak kejadian itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 7.30 pagi namun pihaknya dimaklumkan pada 1.10 tengah hari.

Mangsa dikenali sebagai Micheal Sait Lanyau, 60, hilang dibawa arus sungai. 

“Terdapat orang kampung menyaksikan kejadian tidak jauh dari lokasi kejadian. Usaha mencari mangsa sedang dilakukan penduduk kampung dan laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan JBPM Sarawak hari ini.

Menurut kenyataan itu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dengan kekuatan empat anggota menaiki kenderaan pacuan empat roda telah digerakkan ke lokasi kejadian yang mengambil masa perjalanan selama tiga jam.

Continue Reading

Previous: Nyawa peragut berakhir di pagar PGA
Next: Dua maut kemalangan Perodua Kancil, treler 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.