Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas hilang selepas hadiri pengebumian di Kampung Koran Bari
  • Utara
  • WILAYAH

Warga emas hilang selepas hadiri pengebumian di Kampung Koran Bari

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENDUDUK kampung menjalankan operasi mencari dan menyelamat warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Koran Empaneg, Serian, hari ini. Foto BBP Serian

SERIAN: Warga emas dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah usai menghadiri pengebumian ahli keluarga di Kampung Koran Bari.

Mangsa lelaki berusia 68 tahun itu dikatakan keluar dari rumah sekitar 2.00 petang pada Sabtu lalu bagi menghadiri pengebumian emak saudaranya di kampung bersebelahan sebelum gagal dikesan sehingga kini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada 10.38 malam tadi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama dimulakan sekitar 9.10 pagi tadi selepas taklimat bersama polis dan penduduk kampung.

Operasi pencarian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu diketuai bomba dan polis dengan pencarian tertumpu di sekitar kampung serta kebun mangsa dalam radius kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa.

Operasi dihentikan sementara pada 12.00 tengah hari sebelum disambung semula pada 2.00 petang bersama agensi terlibat serta bantuan penduduk kampung.

Kawasan pencarian kemudian diperluaskan dalam radius dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB), namun mangsa masih belum ditemukan sehingga operasi ditangguhkan pada 5.00 petang.

Difahamkan, mangsa mempunyai masalah kesihatan termasuk darah tinggi, lemah jantung dan gastrik.

Operasi SAR melibatkan empat anggota BBP Serian menggunakan kenderaan utiliti Hilux, selain bantuan empat anggota polis dan kira-kira 50 penduduk kampung.

Continue Reading

Previous: Enggang ‘bertandang’ ke BBP Lutong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.