Warga emas hilang misteri di kebun, kenderaan ditemui tanpa kelibat

Facebook
WhatsApp
CARI..Pasukan bomba bersama agensi keselamatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga emas yang hilang di kawasan kebun berhampiran Petronas Bypass, Miri.

MIRI: Kehilangan seorang warga emas lelaki selepas keluar ke kebun seorang diri menimbulkan tanda tanya apabila mangsa masih belum ditemui hingga kini.

Mangsa dikenali sebagai Sagai  Kunchau, 73, dilaporkan hilang selepas memandu kenderaan jenis Toyota Hilux ke kebunnya berhampiran Petronas Bypass, di sini, malam tadi.

CARI..Pasukan bomba bersama agensi keselamatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga emas yang hilang di kawasan kebun berhampiran Petronas Bypass, Miri.

Difahamkan, ahli keluarga yang pergi mencarinya hanya menemui kenderaan, dompet serta kunci milik mangsa di lokasi kejadian, namun kelibat lelaki itu tidak ditemui.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.30 malam.

“Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

CARI..Pasukan bomba bersama agensi keselamatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga emas yang hilang di kawasan kebun berhampiran Petronas Bypass, Miri.

“Operasi pada hari pertama hari ini melibatkan lima pasukan dengan pencarian tertumpu di dua zon sekitar kebun mangsa dalam radius sekitar dua kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta ahli keluarga mangsa bagaimanapun ditangguhkan pada 5.00 petang selepas tiada petunjuk baharu ditemui.

Operasi SAR akan disambung semula esok bagi mengesan mangsa yang masih hilang.

Oleh Liong Chai Ling