Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas hilang menjala ikan di Sungai Batang Kayan
  • KEMALANGAN

Warga emas hilang menjala ikan di Sungai Batang Kayan

Utusan Sarawak 11 hours ago
HILANG….Operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang. Foto BBP Lundu

LUNDU: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Batang Kayan berhampiran Kampung Sileng, Lundu dalam satu kejadian pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Awang Bosman Awang Jibi, 74 tahun dilaporkan turun ke sungai untuk menjala ikan sebelum kehilangannya disedari oleh penduduk kampung.

Menurut Komander Operasi, PBT I Joseph Diea, kejadian dilaporkan berlaku sekitar 11.20 pagi apabila bot mangsa ditemui dalam keadaan berpusing dan melanggar tebing sungai tanpa kehadiran mangsa di dalamnya. 

“Penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan segera memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa dan satu laporan polis turut dibuat oleh keluarga mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu telah digerakkan ke lokasi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan sejurus menerima panggilan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak yang dikeluarkan, hari ini.

Tambah beliau, Pos Kawalan Bomba (PKB) turut ditubuhkan di Kampung Melayu Metang Terap, berhampiran lokasi bot mangsa dijumpai dan maklumat terperinci berkaitan mangsa diperoleh daripada ahli keluarga yang berada di lokasi.

MANGSA yang hilang. Foto BBP Lundu

“Mangsa dilaporkan memakai baju berkolar lengan panjang berwarna merah dan seluar Panjang bewarna biru tua ketika kejadian. 

“Mangsa mempunyai ketinggian lebih kurang 152 sentimeter, berat kira-kira 55 kilogram, berkulit kuning langsat, berambut nipis dan mempunyai gigi rongak di bahagian depan,” jelasnya.

Beliau mengulas lanjut bahawa pada 1.30 petang, bot aluminium milik bomba berjaya diturunkan ke sungai apabila air mulai pasang. 

“Bot tersebut berlepas dari jeti Pekan Lundu dan menyusuri sungai ke arah lokasi bot mangsa dijumpai bagi memulakan operasi pencarian di kawasan sekitar.

“Beberapa agensi lain turut terlibat dalam operasi tersebut termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tiga anggota, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai enam orang dan seramai 21 penduduk kampung bersama 10 buah bot turut membantu dalam usaha pencarian.

“Setakat petang ini, mangsa masih belum dijumpai dan operasi SAR akan diteruskan sehingga mangsa berjaya dikesan,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lori bawa minyak sawit terbalik dalam kemalangan kendiri
Next: ‘Lewat tiba 15 minit, Nur Adilah terselamat dalam tragedi bas maut’ – Ibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.