Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas hilang belum ditemui
  • WILAYAH

Warga emas hilang belum ditemui

Utusan Sarawak 7 months ago

SARATOK: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dipercayai hilang di kawasan kebun dekat Rumah Frederick Juan, Kumpai Krian, sejak petang semalam masih gagal menemukan sebarang petunjuk.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata mangsa yang dikenali sebagai Sipin Landok, 94, telah dilaporkan hilang pada petang semalam ketika mangsa pergi ke kebun seorang diri dan di dapati tidak balik ke rumah sehingga laporan dibuat oleh ahli keluarga mangsa.

Dalam pada itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok menerima panggilan berkaitan perkara itu sekitar jam 6.40 petang semalam bagi bantuan mencari mangsa.

“Sampai di lokasi kejadian, dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa mangsa yang hilang telah keluar dari rumah menuju ke arah kawasan kebun getah anggaran jarak 500 meter dari rumah panjang dan tidak pulang ke rumah sehingga laporan dibuat. 

“Mangsa dikatakan memakai kemeja-T berwarna putih dan berseluar pendek. Pencarian di sekitar kawasan telah dilakukan oleh penduduk rumah panjang berdekatan,” katanya.

Muhammad Rais berkata pasukan pencarian bertindak membuat pencarian bersama penduduk rumah panjang dalam radius satu kilometer (km). 

“Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada jam 9.55 malam, bagaimanapun mangsa masih belum dijumpai,” katanya.

Sementara itu, operasi SAR hari pertama hari ini diteruskan dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat pencarian bersama penduduk rumah panjang dalam radius satu km dari mangsa kali terakhir dilihat dengan teknik ‘base line’.

Selain anggota bomba BBP Saratok, turut bersama SAR iaitu PDRM, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta 15 orang penduduk kampung.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Sambutan Ulang Tahun ke-50 SDNU 23 Nov – 7 Dis  
Next: Lima kedai kopi di Sibu kategori C, perlu tingkatkan kebersihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.