Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga emas ditemui mati dalam bilik sewa di Sibu
  • JENAYAH

Warga emas ditemui mati dalam bilik sewa di Sibu

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA POLIS DAERAH SIBU…..ACP Zulkipli Suhaili.


SIBU: Seorang lelaki warga emas ditemui mati di sebuah bilik sewa di Jalan Channel di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki berusia 74 tahun itu sekitar 9.00 pagi.

“Laporan dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam bilik berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepasukan anggota polis bersama pasukan perubatan dari Hospital Sibu telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal oleh pihak perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian. Pemeriksaan fizikal tidak menemui sebarang kesan kecederaan dan tiada unsur jenayah dikesan,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sibu untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Zulkipli turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” tegasnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis siasat ‘doktor’ perdaya remaja serah gambar bogel melalui Telegram
Next: Lelaki maut akibat lemas di kolam renang awam di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.