Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga emas disaran menua dengan sihat, aktif dan bermaruah
  • TEMPATAN

Warga emas disaran menua dengan sihat, aktif dan bermaruah

Utusan Sarawak 3 days ago
BEMANGAT BERSATU…Dato Sri Fatimah Abdullah (tengah) bersama lebih 500 peserta merakam kenangan pada Majlis Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Bahagian Samarahan 2025 di Rumah Seri Kenangan, Kuching. Turut kelihatan, para tetamu kehormat, warga emas, sukarelawan dan wakil komuniti yang hadir memeriahkan acara bertemakan penuaan aktif dan bermaruah.

KUCHING: Warga emas disaran mengekalkan gaya hidup sihat, aktif dan bermaruah agar terus menikmati kehidupan yang sejahtera serta produktif pada usia lanjut.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, konsep ‘penuaan yang sihat, aktif dan bermaruah’ menjadi asas kepada usaha kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga emas di Sarawak.

“Kita mahu rakyat berumur panjang, tetapi biarlah umur panjang itu disertai kesihatan yang baik serta maruah diri yang terpelihara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Bahagian Samarahan 2025 di Rumah Seri Kenangan, hari ini.

Dalam ucapannya, Fatimah menzahirkan pujian kepada Bahagian Samarahan atas pencapaian jangka hayat tertinggi di Sarawak, 80.9 tahun pada 2025, yang mencerminkan tahap kesihatan warga emas yang baik.

“Pada 2023, purata jangka hayat di Samarahan ialah 79.8 tahun, meningkat kepada 80.4 tahun pada 2024, dan dijangka mencapai 80.9 tahun tahun ini. Hebat, bukan?

“Sebagai perbandingan, jangka hayat terendah direkodkan di Kelantan iaitu 63.6 tahun, manakala di Sabah 66.5 tahun. Maka tidak hairanlah kalau kita kata Samarahan ini memang ‘kuat panjang umur’,” ujarnya.

Selain itu, kerajaan negeri turut melaksanakan beberapa inisiatif termasuk kajian profil warga emas di seluruh Sarawak serta penganjuran Persidangan Antarabangsa Penuaan Sarawak bertemakan ‘Penuaan Bermaruah: Polisi Mengenai Hak, Keterangkuman dan Perlindungan Sosial’, bagi memperkukuh dasar dan sistem sokongan kepada golongan berusia.

Fatimah turut menggalakkan warga emas agar terus aktif melalui penyertaan dalam aktiviti komuniti seperti senaman ringan, berjalan kaki dan program kesihatan mental kerana gaya hidup aktif mampu meningkatkan kesejahteraan fizikal dan emosi.

“Apabila kita gembira dan aktif, minda jadi positif. Inilah rahsia umur panjang yang berkualiti,” katanya.

Program berkenaan menghimpunkan lebih 500 peserta dengan pengisian seperti Perarakan Memori, pemeriksaan kesihatan dan sesi senam ringan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM15.5 bilion penjimatan subsidi perlu fokus pembangunan – Joseph Chieng
Next: Bengkel Asas Lutong 2025: Usaha menghidupkan semula warisan muzik Orang Ulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.