Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga emas dipukau di pasar raya Simpang Bekenu, barang kemas lesap
  • JENAYAH

Warga emas dipukau di pasar raya Simpang Bekenu, barang kemas lesap

Utusan Sarawak 13 hours ago
PUKAU… Kelihatan mangsa yang terdiri daripada suami isteri telah dipukau oleh dua lelaki tidak dikenali sebelum diminta menyerahkan barang kemas yang mereka pakai.

BEKENU: Kejadian pukau melibatkan pasangan warga emas dilaporkan berlaku di pasar raya berdekatan Simpang Bekenu, semalam.

Menurut maklumat, mangsa yang terdiri daripada suami isteri telah dipukau oleh dua lelaki tidak dikenali sebelum diminta menyerahkan barang kemas yang mereka pakai.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di dalam kawasan pasar raya berdekatan Simpang Bekenu dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut mengesan pergerakan suspek. Video berkenaan kini tular di media sosial.

Orang ramai khususnya warga emas diingatkan supaya tidak keluar bersendirian, terutamanya jika mengenakan barangan kemas bagi mengelakkan menjadi sasaran penjenayah.

Pihak berkuasa turut digesa meningkatkan pemantauan serta siasatan bagi menjejaki suspek yang terlibat.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Five youths arrested, five motorcycles seized in crackdown on street racing in Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.