Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas dilaporkan hilang sejak 14 September
  • Utara
  • WILAYAH

Warga emas dilaporkan hilang sejak 14 September

Utusan Sarawak 2 hours ago
DICARI…Chong Nyuk Fah @ Tian Foh, 77 dilaporkan hilang sejak 14 September lepas selepas keluar dari rumahnya di Senadin, di Miri.

MIRI: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang sejak 14 September lalu selepas keluar dari rumahnya di kawasan Senadin, di sini.

Mangsa dikenali sebagai Chong Nyuk Fah @ Tian Foh, 77 tahun, dilaporkan keluar rumah dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata laporan polis mengenai kehilangan Chong telah dibuat pada 5.40 petang, 18 September.

“Chong kali terakhir dilihat kira-kira 9.00 pagi 15 September lalu di simpang Bakun sebelum kenderaannya dengan nombor pendaftaran QMT6963 ditemui di tepi Jalan Pan Borneo berhampiran simpang Batu Niah.

“Namun mangsa tidak dijumpai sehingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Farhan berkata, ketika kejadian Chong memakai baju putih berbelang biru, seluar pendek kelabu dan berselipar hitam.

Beliau berkata Chong berbadan kurus, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, berkulit kuning langsat, berambut sedikit panjang berwarna hitam dan putih, bermata sepet serta berhidung mancung.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi Ketua Polis Balai Lutong, Sarjan Husaini Amin di talian 019-888 9530 atau 085-655202, atau tampil ke balai polis berdekatan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian ini.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Institut Latihan KKM Sibu anjur kempen derma darah esok
Next: Pembersihan sungai lonjak tarikan ikan tapah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.