Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas dilaporkan hilang, polis minta bantuan orang ramai
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga emas dilaporkan hilang, polis minta bantuan orang ramai

Utusan Sarawak 2 days ago
POLIS memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Mai Umpung yang hilang sejak 29 Disember lalu. Foto IPD

BALINGIAN: Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang warga emas wanita yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu di kawasan Sungai Pelugau, di sini.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa dikenali sebagai Mai Umpung, berusia 82 tahun, berbangsa Iban dan berasal dari Rumah Kunsun, Sungai Pelugau.

Menurutnya, kehilangan mangsa disedari oleh ahli keluarga kira-kira 4.30 petang selepas mendapati wanita terbabit tiada di rumah.

“Usaha mencari telah dijalankan di sekitar kawasan Sungai Pelugau serta rumah saudara-mara, namun mangsa masih belum ditemui sehingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rizal berkata, ketika dilaporkan hilang, mangsa dipercayai memakai baju kemeja merah jambu dan berkain batik.

“Mangsa mempunyai ketinggian kira-kira 149 sentimeter, berkulit sawo matang dan berambut putih,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan atau penemuan warga emas berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Suhardi Mahroup di talian 014-6877447 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya masuk reban ayam di Pasar Simanggang
Next: Rondaan MTL: Paras air sungai di kawasan Jalan Bersatu menurun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.