Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas dilaporkan hilang ditemui selamat di Sebuyau
  • Selatan
  • WILAYAH

Warga emas dilaporkan hilang ditemui selamat di Sebuyau

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEADAAN mangsa ketika ditemui oleh orang kampung.

SEBUYAU: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari kayu di Kampung Tungkah Melayu, semalam, ditemui dalam keadaan selamat pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa, Sapaie Sijo, 69, dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak keluar ke kawasan ulu sungai kampung berkenaan sekitar 3.00 petang semalam.

Katanya, mangsa memaklumkan kepada isterinya bahawa beliau ingin ke ulu sungai Kampung Tungkah Melayu untuk mencari kayu turus sebelum gagal dikesan sehingga laporan polis dibuat hari ini.

“Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan 10.10 pagi berhubung kejadian orang dikhuatiri hilang itu.

“Pasukan bomba dari BBP Simunjan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 45 kilometer dari balai dan tiba 11.00 pagi.

“Bagaimanapun, setibanya di kampung tersebut, penduduk memaklumkan kepada pihak bomba bahawa mangsa telah ditemui 9.30 pagi di lokasi beliau mengambil kayu.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat namun lemah, sekitar lebih satu jam perjalanan menggunakan bot dari rumahnya.

“Mangsa kemudiannya dibawa oleh ahli keluarga ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Susulan penemuan tersebut, operasi ditamatkan sepenuhnya 12.30 tengah hari dan tiada operasi pencarian dijalankan oleh pihak bomba,”katanya dalam kenyataan.

Oleh Shahrul Qaizat 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Padah sambar beg berisi RM1,500 di Daro, lelaki dipenjara lapan bulan
Next: Warga emas antara 11 individu dicekup ketika leka bermain judi holo di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.