Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga emas ceria dapat rumah baharu
  • TEMPATAN

Warga emas ceria dapat rumah baharu

Utusan Sarawak 4 years ago
LO Khere Chiang menyempurnakan penyerahan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) milik seorang warga emas, Ng Ah Fook, semalam.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang telah menyempurnakan penyerahan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) milik seorang warga emas, Ng Ah Fook, semalam.

Lo Khere Chiang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memberitahu, pemilik rumah tersebut tinggal bersama ibunya yang sudah uzur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap sehingga tidak mampu menampung kos membaiki rumah.

Jelasnya, perkara tersebut mendapat perhatian beliau untuk menggunakan peruntukan dana PPRMS RM15,000 bagi membaik pulih rumah Ng Ah Fook.

Kerja-kerja membaik pulih telah dilaksanakan secara gotong-royong oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pasar Kota Padawan Batu 10 dengan kerjasama pihak RELA Daerah Padawan yang telah siap sepenuhnya pada 16 April 2021.

ADUN Batu Kitang itu juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan bagi mempercepatkan proses penambahbaikan rumah Ng Ah Fook.

“Saya sangat bertuah kerana semua pihak terutamanya pihak JKKK Pasar Kota Padawan Batu 10 telah berganding bahu menyiapkan rumah ini dengan baik sekali.

“Mereka juga menghulurkan bantuan dari segi kewangan di samping membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: 577 operasi selamatkan 90,839 individu
Next: Rumah Jiram terima bantuan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.