Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas cemas motosikal ditunggang terlibat kemalangan
  • KEMALANGAN

Warga emas cemas motosikal ditunggang terlibat kemalangan

Utusan Sarawak 7 months ago
KEMALANGAN…. Mangsa kemalangan jalan raya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Foto BBP Sarikei 
 

SARIKEI: Seorang lelaki berumur 56 tahun berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dengan kemalangan jalan raya berhampiran salah sebuah sekolah rendah di sini, petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 5.19 petang. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai Komander Operasi PBK I (KUP) Mijan Pamin bergegas ke lokasi kemalangan. 

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dari Kabong menuju Sarikei dan motosikal dilaluan yang sama,” katanya ketika dihubungi, malam tadi. 

Tambahnya, pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan di lokasi kemalangan. 

 Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya. 

Khidmat khas di lokasi kemalangan selesai sepenuhnya pada 5.50 petang. 

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Lelaki dilaporkan hilang dihanyut arus deras ditemui lemas
Next: Dua warga emas maut, tiga lagi cedera dalam kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.