Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas cedera jatuh di rumah, APM Limbang bertindak pantas
  • Utara
  • WILAYAH

Warga emas cedera jatuh di rumah, APM Limbang bertindak pantas

Utusan Sarawak 2 days ago
BERTINDAK PANTAS… Anggota APM Limbang memberikan bantuan awal sebelum membawa pesakit ke hospital menggunakan ambulans APM setelah memastikan keadaan mangsa stabil dan selamat untuk dipindahkan.

LIMBANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang bertindak pantas memberi bantuan kepada seorang warga emas yang mengalami kecederaan pada bahagian paha kiri selepas terjatuh di rumahnya malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar 8.21 malam, sebelum sepasukan anggota segera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota kami mendapati mangsa, seorang lelaki berusia 86 tahun, berada dalam keadaan duduk dan tidak mampu berjalan selepas dipercayai terjatuh di ruang tamu kediamannya.

“Pemeriksaan awal dilakukan, termasuk pemeriksaan tekanan darah, sebelum mangsa dibawa ke hospital menggunakan kenderaan APM untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi tersebut diketuai oleh Koperal (PA) Mohd Arif Midun, bersama beberapa anggota APM lain yang bertugas malam tadi.

Tambah Bonnie, pihaknya sentiasa bersiap siaga memberi bantuan kecemasan kepada masyarakat setempat dan menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi talian kecemasan jika berlaku sebarang insiden yang memerlukan bantuan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Premis makanan kotor, MPS beri tempoh 7 hari sebelum tindakan tegas diambil
Next: Dua minggu tanpa akses stabil, penduduk Lawas desak isu telekomunikasi diselesaikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.