Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Warga emas berusia 88 tahun gigih menganyam tikar mengkuang
  • RENCANA

Warga emas berusia 88 tahun gigih menganyam tikar mengkuang

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG warga emas Zainab Abu Bakar, 88, dari Kampung Bukit Mentok tetap gigih meneruskan kemahiran seni anyaman tikar mengkuang, walaupun bidang warisan itu semakin lenyap ditelan arus kemajuan. Walaupun sudah lanjut usia, jari-jemari Zainab tidak pernah mengenal erti penat apabila masih tekun menyusun helaian daun mengkuang dengan penuh kreativiti, bagi menyiapkan tempahan pelanggan. Foto BERNAMA

SEORANG warga emas Zainab Abu Bakar, 88, dari Kampung Bukit Mentok, Chukai tetap gigih meneruskan kemahiran seni anyaman tikar mengkuang, walaupun bidang warisan itu semakin lenyap ditelan arus kemajuan.

Walaupun sudah lanjut usia, jari-jemari Zainab tidak pernah mengenal erti penat apabila masih tekun menyusun helaian daun mengkuang dengan penuh kreativiti, bagi menyiapkan tempahan pelanggan.

Beliau berkata kemahiran menganyam tikar mengkuang, dipelajari daripada datuk saudaranya sejak berusia 13 tahun setelah tertarik dengan kehalusan hasil tangan masyarakat Melayu itu.

“Sebelum ini Kampung Bukit Mentok terkenal sebagai antara pusat pengeluaran tikar mengkuang di daerah ini apabila ramai penduduk setempat mengusahakan pekerjaan tersebut.

“Bagaimanapun pada masa ini hanya makcik seorang sahaja menganyam tikar mengkuang apabila golongan muda tidak lagi berminat menceburi kemahiran tradisional tersebut,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya.

Zainab yang mempunyai lima orang anak perempuan, 29 cucu, 58 cicit dan seorang cuit berkata proses anyaman tikar mengkuang memerlukan kegigihan, ketelitian serta kesabaran yang tinggi, kerana setiap peringkat kerja dilakukan secara manual dan mengambil masa untuk disiapkan bagi memastikan hasilnya kemas dan berkualiti.

SEBAHAGIAN tikar mengkuang yang siap dianyam oleh warga emas, Zainab Abu Bakar. Foto BERNAMA

Zainab berkata dia memulakan kerja dengan mencari dan memilih daun mengkuang, membelah daun, melayur, merendam, mewarna, melurut daun, jemur serta menganyam.

“Kesemua kerja-kerja tersebut dilakukan sendiri sambil dibantu oleh anak-anak dan cucu,” katanya.

Zainab berkata dia yang tidak mempunyai masalah kesihatan memulakan kerja-kerja menganyam tikar mengkuang seawal 4.00 pagi.

“Makcik kebiasaannya tidur awal dan bangun awal pagi bagi memulakan kerja menganyam tikar, kerana lebih selesa melakukannya dalam keadaan cuaca sejuk.

“Bagaimanapun saya tidak menganyam tikar setiap hari, kecuali ada tempahan yang perlu disiapkan,” katanya.

Zainab berkata beliau mengambil masa kira-kira lima hari iaitu bermula dari peringkat awal untuk menyiapkan sebidang tikar yang berukuran 2.29 meter panjang dan 1.37 meter.

Beliau berkata setiap bidang tikar mengkuang itu dijual pada harga antara RM60 hingga RM70 dan banyak tempahan diterima termasuk dari luar Terengganu.

Selain itu, beliau berkata lima anak perempuannya yang berusia 52 hingga70 tahun tidak berminat meneruskan kerjayanya tersebut walaupun mereka mempunyai kemahiran menganyam tikar mengkuang. – Bernama

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Antara harapan nelayan dan ketelitian saintifik: Kisah ‘muntah paus’ Belawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.