Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas, anak saudara 12 tahun maut kemalangan di Jalan Sri Aman-Lingga
  • KEMALANGAN

Warga emas, anak saudara 12 tahun maut kemalangan di Jalan Sri Aman-Lingga

Utusan Sarawak 15 hours ago
KEMALANGAN yang berlaku di Jalan Sri Aman–Lingga, kira-kira 6.20 pagi semalam. Foto IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Seorang lelaki warga emas bersama anak saudaranya maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan van dalam kemalangan tragis di Jalan Sri Aman–Lingga, kira-kira 6.20 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintendan Dennis Bunyam, mengesahkan kedua-dua mangsa yang maut dikenali sebagai seorang lelaki warga emas berumur 60 tahun dan anak saudaranya yang berumur 12 tahun. 

Mangsa katanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gran Stumbin.

“Pemandu van terbabit, seorang warga emas berumur 77 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan untuk memastikan tiada unsur kecuaian lain yang terlibat.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, yang memperuntukkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebabkan kemalangan maut akibat kecuaian memandu.

Polis turut menasihatkan orang awam supaya memandu dengan berhati-hati terutama di jalan raya yang sempit dan berliku seperti Jalan Sri Aman-Lingga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemalangan kendiri di Sibu: Lelaki terperangkap, dua wanita tercampak keluar
Next: Lelaki maut dalam kemalangan babitkan dua kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.