Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas 67 tahun tersepit dalam kemalangan di Bintangor
  • KEMALANGAN

Warga emas 67 tahun tersepit dalam kemalangan di Bintangor

Utusan Sarawak 10 hours ago

OPERASI MENYELAMAT…. Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa yang tersepit dalam kereta. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seorang wanita warga emas berusia 67 tahun tersepit di bahagian hadapan tempat duduk penumpang, dari dada hingga ke kaki, selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya pada 6.07 pagi. 

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla dan sebuah lori. 

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Bakar Ujang bergegas ke lokasi di Jalan Sungai selepas menerima panggilan kecemasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, setibanya di lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) membuat operasi penyelamatan menggunakan peralatan menyelamat (rescue tools). 

“Suami mangsa, 71,yang memandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Mangsa mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut berjaya dikeluarkan dari kereta dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kemalangan untuk tindakan susulan,” katanya. 

Tambahnya, siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati suami isteri tersebut dalam perjalanan dari Sibu menghala ke Bintangor, manakala lori kren berhenti tepi jalan. 

“Operasi menyelamat di lokasi selesai sepenuhnya pada 6.51 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Woman dies in motorcycle crash at KM52 Kuching-Serian Road
Next: Tiga wanita cedera kemalangan kendiri berhampiran SMK Sungai Paoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.