Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga asing ditahan salah guna Pas Lawatan Sosial di Miri
  • JENAYAH

Warga asing ditahan salah guna Pas Lawatan Sosial di Miri

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAHAN… Anggota JIM Cawangan Miri ketika menahan seorang warga asing selepas didapati menyalahgunakan PLS bagi menjalankan aktiviti kutipan derma tanpa kebenaran dalam satu operasi penguatkuasaan di sekitar bandar raya Miri, baru-baru ini. Foto JIM Sarawak

MIRI: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Cawangan Miri berjaya menahan seorang warga asing selepas didapati menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti kutipan derma tanpa kebenaran dalam satu operasi penguatkuasaan di sekitar bandar raya Miri, semalam.

Kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan bahawa tindakan tersebut diambil susulan maklumat yang tular di media sosial mengenai kegiatan mencurigakan individu berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek mengutip derma secara tidak sah, dengan wang tunai berjumlah RM194 turut disita sebagai bahan bukti.

“Siasatan awal mendapati pas lawatan sosial yang digunakan masih sah tempohnya, namun telah disalahgunakan bagi tujuan yang melanggar syarat kemasukan ke negara ini,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, pemegang PLS hanya dibenarkan berada di Malaysia bagi tujuan lawatan atau pelancongan dan tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti lain termasuk kutipan derma.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(3)(g) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.

Dalam pada itu, JIM Miri menasihatkan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan melibatkan warga asing bagi membantu pihak berkuasa mengekalkan keselamatan serta pematuhan undang-undang di bandar raya Miri.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan kes pecah masuk Resthouse Pejabat Daerah Igan
Next: Dua lelaki ditahan atas kesalahan dadah dan judi, seorang wanita terlibat sebagai keldai akaun di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.