Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga asing antara dicekup dalam operasi dadah di Lawas
  • JENAYAH

Warga asing antara dicekup dalam operasi dadah di Lawas

Utusan Sarawak 10 hours ago
KESALAHAN DADAH… Warga asing antara ditahan bersama warga tempatan atas kesalahan dadah. Foto IPD Lawas

LAWAS: Operasi berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi jenayah dadah turut menahan seorang warga asing di Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan memberitahu petang semalam sekitar 5.30 petang sepasukan polis telah menahan seorang lelaki warga asing berusia 39 tahun kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan lanjut menjumpai satu keratan straw lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan anggaran berat 1.04 gram.

KESALAHAN DADAH… Warga asing antara ditahan bersama warga tempatan atas kesalahan dadah. Foto IPD Lawas

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan kesalahan lampau suspek mendapati tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 serta siasatan mengikut Akta Imigresen 1953/63.

Pada hari yang sama, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun tepi di Jalan Sundar pada 1.00 petang kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Hasil pemeriksaan tiada menjumpai apa-apa barang salah atau dadah.

KESALAHAN DADAH… Warga asing antara ditahan bersama warga tempatan atas kesalahan dadah. Foto IPD Lawas

Hasil ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan kesalahan lampau terhadap saspek mendapati saspek mempunyai lima kesalahan lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a)ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki warga asing terlibat dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.