Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Warga APM diseru bersedia hadapi kemungkinan bencana ketika Monsun Barat Daya
  • NASIONAL

Warga APM diseru bersedia hadapi kemungkinan bencana ketika Monsun Barat Daya

Utusan Sarawak 8 hours ago
WARGA APM diseru bersedia hadapi kemungkinan bencana ketika Monsun Barat Daya. Foto Bernama.

PUTRAJAYA: Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diseru untuk sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sepanjang fasa Monsun Barat Daya ketika ini.

Ketua Pesuruhjaya APM, Mohammad Abiddin Abd Rahman berkata, mereka perlu sentiasa adaptif dan proaktif dengan menggunakan segala latihan dan pengalaman untuk memastikan respons dapat diberikan dengan pantas ketika diperlukan.

“Saya yakin pelbagai langkah persediaan telah diambil oleh seluruh warga APM, antaranya melaksanakan pelbagai latihan kepada anggota dan komuniti setempat bagi mengurangkan risiko bencana terhadap nyawa dan harta benda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Setia APM Wilayah Persekutuan di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Pengarah Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan Mohd Rosman Abdullah.

Dilaporkan Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei dan berterusan hingga September ini, susulan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip sebelum ini berkata sepanjang tempoh itu, kadar kelembapan udara yang rendah lazimnya akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat.

Keadaan itu akan menyebabkan negara menerima taburan hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak berbanding hari hujan.

Mohammad Abiddin dalam pada itu menyeru warga APM agar tidak berputus asa dan sentiasa kuat dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas harian bagi memberikan terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

“Saya juga berharap agar kita semua sentiasa meningkatkan ilmu kemahiran, pengetahuan dan memperkukuh nilai integriti dan semangat kerja berpasukan. Kita bukan sekadar pasukan penyelamat, tetapi juga tonggak ketahanan negara yang diyakini  rakyat,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan MADANI catat rekod terbaik selesai sembilan tuntutan MA63 dalam tiga tahun – Mustapha
Next: Rafizi, Nik Nazmi ambil alih Parti Bersama Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.