Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita warga emas hilang di Rengkang Lepong Empeliau, operasi SAR dilancar
  • Selatan
  • WILAYAH

Wanita warga emas hilang di Rengkang Lepong Empeliau, operasi SAR dilancar

Utusan Sarawak 11 hours ago
SAR hari pertama bermula 3.00 petang menggunakan kaedah ‘sweep search’ di kawasan sekitar lokasi terakhir mangsa dilihat. Foto: PGO Bomba Sarawak

SRI AMAN: Seorang wanita warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun berhampiran rumahnya di Rengkang Lepong Empeliau, Sri Aman, sejak semalam.

Mangsa dikenali sebagai Tumbu Nak Landa, 67, kali terakhir dilihat pada petang semalam sebelum keluarganya menyedari ketiadaannya sekitar 5.00 petang. 

Usaha awal pencarian oleh ahli keluarga dan penduduk kampung tidak menemui sebarang petunjuk.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi pada 2.49 petang tadi dengan kekuatan sembilan anggota.

SAR hari pertama bermula 3.00 petang menggunakan kaedah ‘sweep search’ di kawasan sekitar lokasi terakhir mangsa dilihat. Foto: PGO Bomba Sarawak

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai oleh enam anggota polis, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta 25 orang awam yang membantu pencarian.

SAR hari pertama bermula 3.00 petang menggunakan kaedah ‘sweep search’ di kawasan sekitar lokasi terakhir mangsa dilihat. 

Namun sehingga 5.00 petang, operasi masih belum menemui mangsa dan ditangguhkan keesokan hari.

Setakat ini, Tumbu masih belum dijumpai dan operasi akan diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan serta penduduk kampung.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen kitar semula E-Waste dan minyak masak terpakai di Bintulu 11–12 Oktober
Next: MBKS anjur Festival Kuih Bulan, perpaduan dan tradisi disemarakkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.