Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita warga emas ditemui meninggal dunia terbaring di jalan raya Simpang Roban
  • WILAYAH

Wanita warga emas ditemui meninggal dunia terbaring di jalan raya Simpang Roban

Utusan Sarawak 5 hours ago
DITEMUI… Warga emas ditemui meninggal dunia selepas ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan raya di Simpang Roban, awal pagi tadi. Foto APM Saratok

SARATOK: Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia selepas ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan raya di Simpang Roban, awal pagi tadi.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 7.16 pagi memaklumkan terdapat seorang individu terbaring di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, sepasukan tiga anggota APM bergegas keluar dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) pada 7.18 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati pihak polis telah berada di tempat kejadian dan terdapat seorang mangsa terbaring di jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mengalami lebam di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DITEMUI… Warga emas ditemui meninggal dunia selepas ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan raya di Simpang Roban, awal pagi tadi. Foto APM Saratok

Mangsa dikenali sebagai Yong Swee Siong, beralamat di Sungai Anak, Roban.

Menurut beliau, anggota APM segera memberikan bantuan kecemasan menerusi Pernafasan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR), namun mangsa tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

“Pihak polis kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” jelasnya.

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Saratok menggunakan kenderaan utiliti sukan untuk tindakan lanjut dan proses dokumentasi.

Operasi yang melibatkan tiga anggota APM serta tujuh anggota polis itu tamat sepenuhnya pada 8.48 pagi selepas semua prosedur di lokasi selesai dijalankan. 

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi SAR hari kedua di Ulu Sungai Skrang fokus ke hilir sungai, radius diperluas 4 kilometer
Next: Rumah Bia Batu Burak terima projek naik taraf bumbung di bawah RTP DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.