Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita warga asing mengaku seludup minyak masak di Lubok Antu
  • TEMPATAN

Wanita warga asing mengaku seludup minyak masak di Lubok Antu

Utusan Sarawak 5 months ago
WANITA warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sri Aman atas tuduhan menyeludup 102 kilogram minyak masak peket di ICQS Lubok Antu, baru-baru ini.

SIMANGGANG: Seorang wanita warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sri Aman, Jumaat lalu atas tuduhan menyeludup 102 kilogram minyak masak peket di kawasan sempadan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lubok Antu, baru-baru ini.

Tertuduh, Okta Viyanti yang tidak diwakili peguam itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan, wanita itu menyeludup 102 kilogram minyak masak peket di kawasan sempadan menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Gen 2 sebelum dipatahkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Kompeni C, Batalion 10 Sibu.

Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM6,255, dan tertuduh telah disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau enam bulan penjara (sekiranya gagal membayar denda). 
Eksibit kes minyak masak diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sri Aman untuk pelupusan manakala kenderaan Proton GEN 2 diarah dikembalikan oleh hakim selepas mendengar rayuan daripada tertuduh.

Terdahulu, Ketua Cawangan KPDN Sri Aman, Qartinee Mohamad Esa berkata pihaknya menerima kes serahan daripada pihak PGA berhubung tangkapan penyelewengan minyak masak peket satu kilogram bersubsidi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pasukan operasi penguat kuasa KPDN Cawangan Sri Aman telah menyita sebuah kenderaan jenis Proton Gen2.

“Selain itu minyak masak peket satu kilogram jenama Twin Leaves sebanyak 102 kilogram, yang keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM6,255,” katanya.

Pada masa sama seorang wanita warganegara asing turut ditahan semasa serbuan. Pejabat KPDN menyiasat lanjut kes dibawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Elak jalan singkat kejar kekayaan -Hannah
Next: Hanyut enam hari, hanya fikir mati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.