Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Wanita tunjang keluarga kukuh, masyarakat harmoni – Tun Wan Junaidi
  • SEMASA

Wanita tunjang keluarga kukuh, masyarakat harmoni – Tun Wan Junaidi

Utusan Sarawak 1 day ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada seluruh wanita di Malaysia, khususnya di Sarawak bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2026, hari ini.

KUCHING: Wanita terus memainkan peranan penting sebagai tunjang kepada pembentukan keluarga yang kukuh serta masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Sehubungan dengan itu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada seluruh wanita di Malaysia, khususnya di Sarawak bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2026, hari ini.

Menurut beliau, wanita merupakan insan yang amat istimewa dalam kehidupan dan memainkan pelbagai peranan penting sama ada sebagai ibu, isteri, anak, pemimpin keluarga mahupun pemimpin dalam masyarakat.

“Peranan wanita amat besar dalam membentuk institusi keluarga yang kukuh sekali gus menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang stabil, harmoni dan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pengalaman peribadi yang banyak membentuk pemahamannya terhadap keperibadian serta naluri wanita, bermula dengan bimbingan seorang ibu, diikuti kehadiran isteri yang bersifat berdisiplin dan sederhana yang telah melahirkan tiga anak perempuan.

Katanya lagi, kehadiran isterinya kini yang sentiasa penyayang dan menjadi teman setia merupakan sumber kekuatan serta inspirasi dalam setiap langkah perjalanan hidup dan tanggungjawab yang digalas.

Beliau turut berharap sambutan Hari Wanita Sedunia menjadi peringatan kepada semua pihak agar terus menghargai jasa, pengorbanan serta dedikasi kaum wanita.

Pada masa sama, beliau menekankan kepentingan memastikan wanita sentiasa dihormati dan diperkasa dalam usaha bersama membina masa depan yang lebih baik untuk negeri dan negara.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 649 rakyat Malaysia masih terkandas di Asia Barat
Next: Bilangan rakyat Malaysia terkandas di Asia Barat menurun kepada 641

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.