Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Wanita tonggak perubahan negara
  • NASIONAL

Wanita tonggak perubahan negara

Utusan Sarawak 2 months ago
CERIA… Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Program Ilmu MADANI Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah dan Cendera Kasih Aidilfitri di Pusat Belia Antarabangsa, hari ini. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa agar golongan wanita tidak takut untuk melangkah ke hadapan bagi memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara dan menjadi ejen perubahan ke arah masyarakat yang lebih sejahtera.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, dunia hari ini memerlukan lebih ramai wanita yang berani, berwawasan dan mempunyai hikmah dalam kepimpinan.

“Sejarah telah membuktikan bahawa wanita memainkan peranan besar dalam pembentukan peradaban Islam. Contohnya Sayidatina Khadijah, seorang wanita yang bukan sahaja menjadi isteri Rasulullah SAW, tetapi juga seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pendukung utama dakwah Islam.

“Begitu juga dengan Sayidatina Aisyah, seorang ilmuwan dan perawi hadis yang ilmunya menjadi rujukan sepanjang zaman. Kepimpinan wanita dalam Islam bukan sekadar berada di belakang tabir, tetapi turut menyumbang secara langsung dalam aspek pentadbiran, pendidikan dan pembangunan masyarakat.

“Wanita bukan hanya pelengkap, tetapi pemimpin yang boleh membawa perubahan dengan nilai-nilai hikmah dan kebijaksanaan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Ilmu MADANI: Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah, hari ini.

Kepimpinan yang berhikmah perlulah berasaskan kepada nilai-nilai keimanan, keilmuan dan kebijaksanaan, keadilan dan kesaksamaan serta kasih sayang dan empati.

-BERNAMA

BERI PERHATIAN… Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan pada Program Ilmu MADANI Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah dan Cendera Kasih Aidilfitri di Pusat Belia Antarabangsa, hari ini. -Foto BERNAMA

Continue Reading

Previous: Banjir: Tiga ibu mengandung Orang Asli dipindah dengan helikopter
Next: Hapuskan ‘pengemis jadian’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.