Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wanita tertua di Rusia meninggal dunia pada usia 114 tahun
  • GLOBAL

Wanita tertua di Rusia meninggal dunia pada usia 114 tahun

Utusan Sarawak 3 hours ago
KLAVDIYA Gadyuchkina, tersenarai antara lima individu tertua dunia, meninggal dunia pada usia 114 tahun di Yaroslavl.

MOSCOW: Wanita tertua di Rusia, Klavdiya Gadyuchkina meninggal dunia di wilayah Yaroslavl, tengah Rusia pada usia 114 tahun, menurut Gabenor wilayah itu, Mikhail Yevrayev, lapor Xinhua.

Menurut Yevrayev, Gadyuchkina yang lahir pada 5 Disember 1910, melalui dan menyaksikan sendiri peristiwa penting dalam sejarah negara itu merentasi dua abad, termasuk Revolusi Rusia, dua perang dunia serta kemunculan dan perubahan struktur negara berkenaan.

Beliau meninggal dunia pada 29 November, beberapa hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-115, menurut laporan media.

Pada Oktober, warga emas itu secara rasmi tersenarai antara lima individu tertua di dunia oleh badan global yang mengiktiraf rekod umur maksimum manusia, LongeviQuest, dan menurut laporan, beliau masih mampu mengendalikan kerja rumah harian walaupun ketika berusia 107 tahun.

Tahun ini, Gadyuchkina dianugerahkan pingat jubli “80 Tahun Kemenangan dalam Perang Patriotik Besar 1941-1945”.

Wanita Rusia itu berkahwin dan mempunyai lima anak; suaminya meninggal dunia pada 1956 akibat kecederaan yang dialaminya di sebuah kilang.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Satelit serbaguna Arirang 7 Korea Selatan berjaya dilancarkan ke orbit
Next: Angka korban banjir di Sumatera melebihi 600, ratusan masih hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.