Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Wanita terselamat, kedainya hangus dijilat api
  • KEBAKARAN

Wanita terselamat, kedainya hangus dijilat api

Utusan Sarawak 4 months ago

Kebakaran memusnahkan sebuah kedai di Kampung Penan Muslim, Batu 10 Jalan Pan-Borneo di sini, awal pagi tadi.

BINTULU: Seorang wanita berusia 21 tahun terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan kedai miliknya di Kampung Penan Muslim, Batu 10 Jalan Pan-Borneo di sini, awal pagi tadi. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 4.17 pagi sebelum dikerahkan ke lokasi kejadian. 

“Setiba di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah kedai berstruktur separuh kekal setingkat yang telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran air sepanjang 100 kaki dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.02 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemeriksaan bagi memastikan kebakaran tidak berulang.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Continue Reading

Previous: Wanita maut kenderaan terjunam ke dalam parit
Next: Lima kereta musnah kebakaran bengkel 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.