Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita tempatan ditahan tawar pelaburan tidak wujud, mangsa rugi RM1,500
  • JENAYAH

Wanita tempatan ditahan tawar pelaburan tidak wujud, mangsa rugi RM1,500

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUSPEK ditahan oleh pihak polis pada petang semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang wanita tempatan berumur lingkungan 20-an ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan menawarkan pelaburan tidak wujud yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,500.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong pada 1.50 petang semalam.

“Mangsa telah diperdaya dengan ditawarkan pulangan pelaburan seratus peratus atas modal pelaburan.

“Mangsa menyedari telah ditipu setelah diminta untuk membuat bayaran tambahan. 

“Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,500,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati suspek turut dikaitkan dengan satu laporan polis di Simunjan.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun serta sebatan dan denda, jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum melibatkan diri dalam sebarang urusan pelaburan atau transaksi kewangan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak yang bertanggungjawab sebelum membuat sebarang transaksi kewangan kepada pihak ketiga. 

“Mangsa juga boleh menghubungi talian hotline Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi melaporkan penipuan dalam talian atau menghubungi Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan tiga individu disyaki curi kabel pencawang elektrik di Miri
Next: Lelaki ditahan bersama syabu 0.15 gram di Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.