Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita SUPP agih bunga kekwa sempena Hari Ibu di Miri
  • TEMPATAN

Wanita SUPP agih bunga kekwa sempena Hari Ibu di Miri

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Sri Lee Kim Shin bersama Wanita SUPP Riam dan SUPP Senadin mengagihkan bunga kekwa kepada orang ramai sempena sambutan Hari Ibu hari ini.

MIRI: Pengorbanan dan kasih sayang golongan ibu terus dihargai apabila Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Riam dan SUPP Senadin menganjurkan program pengagihan bunga kekwa sempena Hari Ibu hari ini.

Program itu turut disertai Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini.

Kim Shin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu terlebih dahulu menghadiri program anjuran Wanita SUPP Cawangan Kecil Riam di Pusat Komersial Morsjaya, pada 8.00 pagi.

Beliau kemudiannya meneruskan penyertaan dalam aktiviti sama bersama Wanita SUPP Senadin di Permy Food Court dan Permy Mall, pada 9.00 pagi.

Sepanjang program berkenaan, bunga kekwa diagihkan kepada para ibu dan wanita sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan, kasih sayang serta sumbangan besar mereka kepada keluarga dan masyarakat.

DATO Sri Lee Kim Shin bersama Wanita SUPP Riam dan SUPP Senadin mengagihkan bunga kekwa kepada orang ramai sempena sambutan Hari Ibu hari ini.

Menurut Kim Shin, sambutan Hari Ibu merupakan kesempatan bermakna untuk mengiktiraf peranan penting ibu sebagai tunjang utama dalam membina keluarga kukuh serta mendidik generasi masa depan.

“Ibu adalah tulang belakang setiap keluarga. Pengorbanan, kasih sayang tanpa syarat dan dedikasi mereka tidak mampu dibalas sepenuhnya.

“Sambutan ini adalah tanda penghargaan sederhana bagi menzahirkan rasa terima kasih kepada semua ibu,” katanya.

Beliau turut memuji komitmen kedua-dua sayap Wanita SUPP yang terus aktif menganjurkan program berteraskan komuniti bagi mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Katanya, usaha sedemikian bukan sahaja menyemarakkan sambutan Hari Ibu, malah mencerminkan semangat perpaduan, keprihatinan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Miri.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu serta berharap mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: STOLport Bebuling siap sepenuhnya, perkukuh akses udara luar bandar Sarawak
Next: Tradisi Makan Tahun terus eratkan perpaduan masyarakat Kedayan di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.