Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita sesat di hutan tujuh jam ditemukan selamat
  • Utara
  • WILAYAH

Wanita sesat di hutan tujuh jam ditemukan selamat

Utusan Sarawak 7 hours ago
SELAMAT…. Wanita yang dilaporkan hilang  di hutan berjaya dijumpai.Foto JBPM Sarawak. 

MIRI: Seorang wanita yang dipercayai sesat di hutan belakang pasar raya Everwin Pujut 7 di sini, petang semalam ditemui selamat. 

Mangsa berusia 60 tahun itu ditemui sekitar jam 11.20 malam selepas hampir tujuh jam sesat di hutan terbabit.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa jam 4.13 petang semalam.

Katanya sepasukan bomba digerakkan ke lokasi untuk mencari dan menyelamat mangsa.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat pencarian pertama  jam 4.30 petang  dan pencarian kedua jam 6.35 petang dengan radius lebih kurang 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Setelah pencarian kedua tidak berjaya, PKO Lutong memohon bantuan dari Pasukan Khas Pasukan Tektikal Operasi penyelamat Malaysia (STORM)  Zon 6 untuk kerja-kerja pencarian.

“Unit STORM tiba lokasi  jam 10.46 malam dan memulakan operasi pada jam 11 sebelum  berjaya menemui mangsa jam 11.20 malam dalam radius lebih kurang 800 meter dari PKB,” katanya  di sini.

Henry berkata mangsa dibawa untuk menerima rawatan Unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi itu tamat jam 11.40 malam .

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Program agihan bubur asyura Kampung Tengah Simanggang
Next: Bomba Bintangor bantu angkat pesakit obesiti ke dalam ambulans

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.