Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita separuh sedar, dua kanak-kanak terselamat dalam insiden bilik terkunci
  • WILAYAH

Wanita separuh sedar, dua kanak-kanak terselamat dalam insiden bilik terkunci

Utusan Sarawak 9 hours ago
ANGGOTA bomba bersama petugas KKM mengusung seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan separuh sedar selepas terperangkap di dalam bilik sewa di Parkcity, Bintulu. Foto BBP Bintulu

BINTULU: Seorang wanita ditemukan dalam keadaan separuh sedar manakala dua kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas terperangkap di dalam bilik sewa di tingkat satu premis perniagaan di Parkcity di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.11 tengah hari sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati tiga mangsa termasuk seorang bayi berada di dalam bilik yang terkunci. 

“Selepas pintu berjaya dibuka, seorang wanita dewasa ditemui dalam keadaan separuh sedar,” katanya dalam kenyataan.

ANGGOTA bomba bersama petugas KKM mengusung seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan separuh sedar selepas terperangkap di dalam bilik sewa di Parkcity, Bintulu. Foto BBP Bintulu

Mangsa berusia 33 tahun itu diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Dua kanak-kanak yang turut berada di dalam bilik itu, masing-masing berusia dua tahun dan lima bulan, tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lawatan sambil belajar Tabika KEMAS, PASTI di IPD Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.